AUKU : PINDA ATAU MANSUH?

Monday 11 July 2011

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato’ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Namun, akta yang telah melalui 3 siri pindaan ini; iaitu pada 1975, 1983 dan 1996 jelas tidak berimbang dan bersalahan dengan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

AUKU menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia. Pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam AUKU juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB. Perkara ini merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.

Sewajarnya sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera. Justeru, beberapa peruntukan-peruntukan tertentu di bawah AUKU yang antara lain didakwa menyekat dan mengawal hak kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan, mengeluarkan pandangan dan berhimpun perlukan perhatian untuk diperbincangkan. Antaranya ialah Seksyen 15: Larangan ke atas pelajar atau organisasi, pertubuhan atau kumpulan pelajar selain diperuntukkan oleh Perlembagaan Universiti atau dibenarkn oleh Naib Canselor.


Seksyen 15 ini secara umumnya bertentangan dengan Perkara 10 (1)Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berpersatuan. Mahasiswa tidak dibenarkan menyertai apa-apa persatuan tanpa kebenaran daripada Naib Canselor universiti masing-masing. Malah, larangan daripada menyatakan sokongan, simpati atau bantahan terhadap mana-mana organisasi juga bercanggah dengan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada warganegara untuk menyatakan pandangan selagi mana tidak menyentuh soal-soal sensitiviti yang termaktub dalam struktur asas (basic structure) Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Artikel 19 dan 20 Universal Declaration of Human Rights yang menjamin hak setiap individu di dunia untuk menyatakan pandangan, berhimpun dan berpersatuan.

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi (supreme law) di Malaysia dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka ianya adalah terbatal. Maka jelas di sini bahawa percanggahan yang berlaku ini boleh menyebabkan peruntukan ini terbatal dan tidak relevan kekal di dalam AUKU. Ini adalah antara sebahagian perkara yang dipersoalkan. Usaha Kementerian Pengajian Tinggi adalah suatu usaha yang perlu dihargai tetapi persoalannya ialah adakah pindaan yang dianggap hanya sebagai kosmetik mampu membawa mahasiswa keluar daripada kepompong sekatan yang tidak bertamadun. Banyak pihak melihat bahawa Rang Pindaan AUKU masih lagi tidak menyelasaikan masalah pokok yang dihadapi mahasiswa i.e. pencabulan hak asasi, pembunuhan potensi dan kredibiliti serta kebejatan moral dan etika murni di kalangan mahasiswa. Antara yang dipersoalkan ialah pindaan seksyen 4.

Pindaan Seksyen 4 dengan memasukkan Seksyen 4A dan 4B memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk melantik majlis penasihatnya dalam memberi nasihat untuk perlantikan Naib Canselor dan beberapa jawatan penting dalam Universiti. Situasi ini sebenarnya akan lebih mengeruhkan keadaan. Apabila kuasa hanya diberikan kepada Menteri untuk melantik penasihat-penasihatnya yang kemudian akan menasihati perlantikan Naib Canselor dan jawatan-jawatan penting universiti, tiada jaminan bahawa Menteri tidak akan menyalahgunakan kuasa ini untuk memilih individu-individu yang berkepentingan dan tidak berkelayakan. Apatah lagi Menteri merupakan seorang figura politik yang sememangnya pasti sukar untuk memisahkan agenda politiknya daripada setiap tidakan yang diambil. Justeru, tidak mustahil Naib Canselor akan dilantik daripada kalangan yang punyai nada politik yang sama dengan Menteri meskipun tanpa kelayakan yang sepatutnya dan seterusnya mengakibatkan kehancuran institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Selain itu, mahasiswa tidak dibenarkan terlibat politik; samada dalam bentuk keterlibatan langsung atau tidak langsung, simpati, sokongan atau bantahan. Seksyen 15 yang baru secara jelas menyatakan bahawa mahasiswa diharamkan sama-sekali untuk terlibat dalam sebarang kegiatan politik Manakala dalam subseksyen 5 pula, mahasiswa sekali lagi diharamkan untuk “menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakn sokongan kepada, simpati dengan atau bangkangan terhadap... (a) mana-mana parti politik...”

Peruntukan ini sekali lagi secara jelas bercanggah dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi dan urustadbir yang baik iaitu mendirikan sebuah kerangka sistem rule of law yang adil dan saksama. Tambahan lagi, umur 21 tahun sudah melayakkan seseorang individu untuk mengundi. Maka, di manakah logiknya menyekat penglibatan mahasiswa dengan politik. Bahkan untuk menyatakan sokongan, simpati dan bangkangan juga diharamkan. Maka apa perlunya mahasiswa gigih belajar teori demokrasi, kebebasan bersuara, kebebasan mengundi, tanggungjawab mendirikan negara bangsa dan sebagainya andai realitinya, mahasiswa tidak dibenarkan mengadaptasikan kesemua teori-teori ini dalam bentuk praktikal?

Adakah tindakan membuang kertas undi ke dalam kotak undi pada hari mengundi juga dikategorikan sebagai salah menurut AUKU? Andai tidak, maka apa perlunya diwujudkan peruntukan sebegini?. Andai alasannya adalah supaya mahasiswa tidak diperkudakan oleh parti politik, maka mahasiswa sama-sekali menyagkal alasan tersebut. Mahasiswa adalah suatu entiti masyarakat yang berintelek dan mampu untuk membezakan benar dan salah, baik dan buruk serta adil dan zalim.

Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai generasi pelapis kepimpinan negara yang bakal menerajui kemajuan dan ketamadunan Malaysia pada masa akan datang. Justeru, usaha yang gigih tanpa disulami kepentingan politik perlu digarap oleh setiap segmen masyarakat demi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin yang bakal mencorakkan kegemilangan negara




Written by PAS Johor

Aku Dan Blog...

Sunday 26 June 2011

Assalamualaikum semua...

Ini post pertama ak dalam blog nih, so kalau macam kureng sikit mintak maaf la yer...
First of all, ak mmg blurrr sngat2 dengan blogging nih, bnyak sngat idea nak ak share tapi x taw nak tulis ape
al maklum lah dah lame tinggal zaman karangan2 kat sekolah.. hehe,

Kredit kepade Salah seorang sahabat aku Firdaus pemilik blog http://lifeissimplela.blogspot.com sebab die yang penat-penat design blog ak nih.. hehe... thanks bhai... Kalau x die yg design confirm blog ak ni x menjadi la... ak mmg xde experience dalam blogging2 ni...

Secare am nye, ak bwat blog ni untuk share macam-macam perkare yang ak taw..(tak bermakne ak pandai or betul, sekadar berkongsi sahaja dan kalau silap tolong betulkan k...). Bnyak sngat bende yang berlaku kat sekeliling ak ni, kalau just simpan sorang2 x kan ade ape2 untung pown, so ak share je la walaupon x untung jgak.. hehe...



Lagi bnyak berkongsi lagi banyak bleh blaja, betol x? ak nak jadikan blog ni sebagai medium ak nak smpai kan info sambil ak belajar untuk dapatkan info.. hehe...

Jadi ak berharap sngat2 agar akan ade follower dalam blog ak ni soon...

Thanks All...
Assalamualaikum....
 
back to top Design by P-daus